Saturday, October 6, 2012

Berpantang/Bersalin dengan Shaklee

Saya merupakan ibu kepada 4 anak. 2 kali bersalin di Jepun dan 2 kali bersalin di Malaysia.
Masa bersalin di Jepun, alhamdulillah saya mengamalkan diet yang seimbang. Selalu makan salad,
dan ketika di hsopital selepas bersalin selama seminggu pun saya dihidangkan dengan makanan
berkhasiat.
Jangan ingat saya ada sakit apa pulak duduk hospital sampai 7 hari. Saya bersalin normal tetapi
kebanyakan hospital dia Jepun package bersalin adalah 5 hingga 7 hari. Anak-anak atau suami nak
berkampung sekali pon no problem. Bilik private, tak rasa macam duduk hospital pun.

Tapi bila bersalin di Malaysia, masa anak no 3, minta nak stay 2 malam, tapi itu pun nurse dah pelik
macam kenapala mak budak ni taknak balik rumah lagi. Bukannya nurse halau pun cuma
orang pelik kenapa taknak balik rumah lagi even condition dah ok..
My reason is, balik rumah..nampak rumah sepah, rasa nak kemas, tengok anak-anak yang besar,
rasa kesian pulak... serabut pun iyer. Jadi elokla duduk hospital dengan baby lama-lama sikit.

Masa no 3, atas saranan rakan-rakan, cuba la satu set bersalin terkenal ni... hmmmmm..
tak nampak langsung bezanya bersalin makan jamu dan tak makan jamu Kebetulan masa tu, kenal kak N (anakku wiraku), dia la yang suggest ambil Shaklee. Ambil set berpantang tu dan sangat suka
sebab rasa lebih bertenaga, mood lebih ok dan dapat jaga baby dan anak-anak lain tanpa bantuan
orang lain kecuali mr husband la.

So, tanpa ragu-ragu lagi..no 4 juga diteruskan dengan set Shaklee. Insyallah dapat pulihkan kepenatan
badan, kurangkan stress(meroyan) dan aktiviti toilet berjalan lancar.

Bagi ibu yang baru lepas bersalin memerlukan nutrien secukupnya untuk pemulihan tubuh badan, dan juga tenaga untuk menguruskan bayi, serta penyusuan si manja.
Set vitamin untuk ibu baru bersalin Shaklee mengandungi:

Vitalea

Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

B Complex

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
• B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
• Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.

Sustained Released Vita-C

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Zinc Complex

Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.
Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.
set bersalin shaklee
Pengalaman berpantang dengan set vitamin Shaklee… insya-Allah ia memberi kesan berbeza dari tidak mengambil set berpantang langsung, atau yang pernah mengambil set bersalin lain.
Jika anda nak cuba berpantang dengan vitamin Shaklee, atau nak belikan untuk isteri, boleh hubungi saya. Pasti berbaloi dan rasa lebih segar, insya-Allah.


credit to vitamin semulajadi

No comments:

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.