Cerita dibawah ini adalah ihsan kak N
" Saya taknak makan vitamin masa mengandung takut baby gemuk la" kata Sue pada kawan sepejabatnya Asmi.
" Bukan bagus ke kalau baby membesar dan sihat?" tanya Asmi.
" Memang bagus tapi Sue tak nak kena operate" balas Sue.
Masa yang ditunggu makin hampir...namun tanpa di duga, Sue terpaksa melahirkan anaknya secara pembedahan kerana komplikasi yang dihadapinya. Paling menyayat hati suami dan ibu bapa Sue ialah anak yang dilahirkan cukup bulan itu hanyalah 1.7kg dan terlalu kecil. Doktor kata bayi Sue tak mendapat cukup khasiat sepanjang dalam kandungan. Waktu itu Sue rasa menyesal kerana tak menjaga pemakanan dan mengamalkan vitamin yang disarankan Doktor.
Doktor meminta bayi Sue dimasukkan dalam incubator dan dipantau selama beberapa hari.
*************************************************************************
Pernah mendengar kisah sebegini? Ini adalah kisah benar . Pengalaman kisah ini mengajar saya bahawa, kelahiran anak itu sudah tertulis sama ada ia lahir normal atau pembedahan. Namun sebagai ibu, kita seharusnya cuba beri dan bekalkan yang terbaik buat si manja.
Doktor menggalakkan ibu mengandung mengamalkan vitamin yang membantu memastikan ibu dan anak mempunyai bekalan darah yang mencukupi, saranan pengambilan kalsium untuk sel darah, saraf dan tulang bayi, vitamin B dan vitamin C untuk imunisasi tubuh.
Bukan itu sahaja, pembentukan otak anak terbentuk dari seawal bayi dalam kandungan. Pengambilan makanan yang berkhasiat membantu otak anak kaya dengan DHA dan segala keperluan pembesaran.
Memangla ada ibu-ibu yang langsung tak dapat peluang nak ambil apa-apa vitamin atas sebab
tiada kemampuan. Ada juga ibu-ibu yang mampu jaga diet pemakanannya, jadi dia tak risau
berkaitan vitamin kerana dia yakin.
Bagi saya, dengan diet orang Malaysia ni, better la ambil supplement.
Kalau tak mampu nak beli vitamin, ambil yang KKM bagi pun tak apa. Asalkan ibu dan anak dapat khasiat secukupnya.
Tapi kalau kita mampu, apa salahnya kita beri yang lebih baik kepada bayi dan diri kita.
Contact me for consultation.......
No comments:
Post a Comment