Sunday, December 12, 2010

A day out with Kak Ilah family (backdated)

27th Nov 2010- Family abang sampai rumah malam sebelumnya sebab abang akan ikut Intan p Miri. Oh yer, adikku dapat kerja kat Miri pulak. Lepas balik dari JP, dia duk KL tapi nampaknya macam tak berapa berjaya duk kat KL so dia pun mencuba nasib kat company oil and gas kat Miri. Lepas hantar abang dan Intan kat LCCT, balik rumah pekena nasi lemak mak Abby, kami semua pakat2 lena. Mak dan pak beransur ke rumah Kakcik kat Bukit Jelutong sebab nak jumpa abg Jadid.
       Pada awalnya plan nak p Genting, takpun p Bukit Tinggi...jalan punya jalan, sesat la pulak. SO terus p makan kat Redwok, dan terus ke Bagan Lalang. Saja2 p ambik angin.....
Aidil berlari-lari. Air tgh surut jadi banyak sangat ketam kecik2 tu sampai naik geli menengoknya.

 Chucik ni anak 3, tu Adam, no 2.
Aichan dengan ChuChik(kak ilah) yang rajin melayan.

Oh yer, toilet kat sini, punyalah hampeh. eow..basuh kaki kat luar guna air takungan dia pun kena byr 30sen. Kalau masuk toilet kena 30sen gak tp punya la kotor................pikir2 balik pun rasa nak termuntah. Toilet baru tapi tak jaga, pam rosak......

No comments: