Saturday, December 11, 2010

How to choose the right kindergarten for your children

Bila baca tajuk kat atas tu, setiap tahun aku memang pening la. Tahun ni penyakit pening ni mula datang. Aduh2.. macam mana korang2 pilih tadika untuk anak-anak ek? Adakah sekali pergi terus berkenan dihati dan terus bayar enrollment fees riban riban yang boleh rabak poket???? Setakat ni aku dah survey hmm.. berapa bijik tadika ek? Aku list down kan la eh.
1. Tadika Universal, Putra Walk
2. Tadika Cahayaku Seri Nilam, Pinggiran Putra
3. Tadika Islam Mawaddah, Pinggiran Putra
4. Taska Nur Ainul, Pinggiran Putra
5. Qdees, Pinggiran Putra
6. 3Q,MRC, Pinggiran Putra
7. Tadika......lupa lak nama nya, Pinggiran Putra
8. Firzana Edu Centre
looking forward,
Lil Caliph, CIC......................

pening2.. sebenarnya aku mencari Islamic kindy using English medium. Susah betul la. Setakat ni yang taska je aku confirm puas hati kat Nur Ainul tu sebab lantai kilat-kilat bersih dan pengetua dia adalah carer dia. Pengetua dia ada dip in Early childhood education. Memang sangat-sangat friendly. Kalau boleh nak hantar ke situ la. Anak-anak yang duk situ semua pandai membaca dan dah boleh mengenal Quran. Budak 5 thn pun dah baca juz 12. Aduh..syoknya. Tetapi, masalahnya ialah Taska Nur Ainul ni tak bukak awal pagi sebab pengurus dia duk kat S.Alam dan pembantu dia yang tinggal kat situ bakal berhenti. Taska Nur Ainul ni tak ambik budak ramai-ramai....itu antara satu lagi kelebihan la.

      EH, aku dah ada cerita yang aku akan pindah ke Serdang tahun depan. Bila tu tak pasti lagi la sebab rumah tak siap sepenuhnya lagi. So, aku kenalah cari taska dan tadika yang melalui route rumah baru aku. kang aku hantar tadika dekat-dekat rumah sewa aku ni, bayar riban-riban sekali nak kena pindah pulak. Takkan la aku nak kena pusing seround kat kawasan puncak Jalil ni utk hantar anak-anak sebelum gi kerja. Nak pulak kalo kerja kena shift pagi....tak ke pengsan!

    Okla, berbalik kepada tadika2 yang aku dah survey tadik. Boleh ke aku komen satu-satu tadika dan sebut tadika tu ek??? Kang macam promote tadika tu tak bagus pulak kang. Tapi ini dari pemerhatian aku jer.... nak selamat, aku takyah sebut nama tadika la. kalau sapa2 nak tau lebih lanjut tadika mana...nanti PM aku privately yer!
1. Tadika ni nampak macam bagus, 2 kali juga la aku dah ulang pergi sini... dia islamik tadika, tengok cikgu-cikgu tadika pun macam ustazah. Bagus2... tapi masa 2nd time aku pergi, baru aku perasan, bila balik rumah, tapak kakiku..............hitam!Bukan coklat OK...HITAM! Masa 1st time aku pergi, aku pakai stoking, so memang tak perasan la. Sekolah ni ada daycare, tapi murid agak ramai, katanya sebab budak2 dari tadika dalam 25org, budak-budak transit sekolah rendah lagi. Tapi baby-tachi, akan duduk dalam bilik, ber-ekon. Hmmmm..reject sebab tapak kakiku hitam! Harga pun tak murah mana. 8.30-1pm RM210, buku kurang menarik. Pros:ada fardhu ain, dan anak2 akan boleh hafal Yaasin sbl grad tadika.

2. Tadika satu ni pulak aku masuk kejap je sbb cikgu yang jaga tu anak-anak tu tengah tengking budak2 kecik sebab main pintu. Terus aku rasa nak lari je dari situ tapi memandangkan teacher dah nampak aku. Buat-buat p tanya jer la.Pros:murah. RM 100

3.Tadika chinese, totally chinese student, teacher chinese and indian. Risau lak bab makan walaupun teacher cakap no pork...Pros: anak leh ぺらぺらcakap mandarin kotttt

4. Tadika kat shoplots. Uniform comey, buku comey, cikgu pun comey lemah lembut....tapi sebab shoplots so aku KIV dulu. harga pun dalam RM210..not bad sebab buku cantik2.Pros: english medium, cute uniform, cute books, price not so bad Cons:shoplots(no outdoors), still under renovation

5. Tadika yang satu ni pulak, 2 kali gak aku p. First time tu pengurus takde so aku jumpa pengasuh je la. tadika tu dalam proses mengecat. Bila jumpa pengurus, memang best la janji-janji pengurus. Anak akan dipastikan boleh membaca. Yang ni aku percaya gak la sb aku try google, memang ramai anak-anak dah boleh membaca p tadika ni. Harga ..agak murah and of course la bukan English medium. Yang ni anak-anak punya uniform pakai tudung. ...warna pink(tapi design agak outdated) Pengurus cakap nak tukar design baru.. Teacher yang akan ajar 6 tahun ni agak strict(kata pengurus la) sebab teacher ni pernah mengajar sekolah Cina. Dah 4 tahun teacher ni duduk kat tadika tu. Kiranya tadika ni la paling dekat dihatiku setakat ni. Tapi pengurus dia ada sebut nama-nama taska lain yang tak berdaftar dan guna khidmat orang dari seberang. Pros: banyak jugak, islamic, affordable, tekankan bacaan dalam BM, taska ada hot water, teacher berpengalaman, taska pun pengasuh lama Cons: buku kurang menarik, bukan english medium, waktu belajar 830-1130(too short)

6. Tadi aku p open day satu tadika mahal ni..heheh. Memang uniform comel sangat-sangatla. Mixed culture..ada orang melayu, chinese, indian, non-malaysian. Explanation dari teacher 6yo pon sangatlah mencukupi. Ada multimedia utk belajar...hehe.. macam mana la nanti anak-anak ni nak belajar bila masuk sek kebangsaan lepas dimanjakan dgn alat2 bantuan mengajar electronic dgn good sound system, flat screen monitor.... Pros: everything seems interesting Cons: too expensive. We can still afford but...dont think that shld spend that much on children kindy

7. Satu tadika+taska ni haritu aku p survey sorang-sorang. So , harini aku bawa madok(my somi) lalu. Dia terus komen... ish taska ke apa ni?Menakutkan ajer. Sebabnye dia tgk taska ni reno dapur dia buat dinding guna atap aluminium tu(betul ke ni ek). Ala-ala cam rumah kongsi je. Hahaha.. taska ni aku ada baca satu blog tu macam ok je katanya. Tapi dengar satu pihak lain pulak pengurus taska ni(ada 12cawangan) mmg tak jaga sangat taska-taska dia. Tsk..tsk...tsk............REJECT

8. Ni Taska Nur Ainul...atas tu aku dah citer..memang superb!

Habih dah 8 tadika/taska aku buat review.... adeh.......... Lil caliph pinggiran putra ni dah berkali-kali aku sms dan call pengurus dia. Masih tak buat open day jugak lagi.....nak buka ke taknak tahun depan ni??

7 comments:

farah225 said...

so belum dpt buat keptusan lg?heheheh

knv said...

depends on what you want the most for your kid. ada parents just want the kid to socialize, soft skills, etc. ada tu yang nak emphasize more on education. ada tu more on fardu ain, mengaji, hafazan etc.

yang bagus kalau satu bumbung buleh dapat semua. but of course the pricelah pulak. if can afford, then no problem. bonus for parents and kids alike!

semoga dapat yang terbaik!

:D

madoct10 said...

Thanks KNV... eh. macam kenal je KNV ni. Jemput la saya masuk blog awak...eheh

knv said...

ct, blog so far deleted, bukan private. nanti dah restore sila la lawat hihihihi!

M.K.N said...

saya ada email nak tanya pasal taska yg dah disurvey itu.

madoct10 said...

ushala ni aida ke

Bandar Putra Permai Resident said...

Jemput join & bagi komen kat Portal Komuniti Bandar Putra Permai

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.