Oh yer, entry ni dah agak basi. Masa minggu ke3 puasa, Aidil telah selamat dikhatankan kat KPJ kajang.
Ini emergency khatan sbb Aidil punya toot kena jangkitan kuman.
Sejak kecil lagi, aku rasa ada something wrong bila tgk Aidil kencing. Tak macam budak lelaki lain. Tak terpancut kuat dan senget. Mula2 ingatkan, lepas sunat ok la kot so aku biarkan aje.
Lepas tu bila dah besar, Aidil selalu la mengadu sakit 'cincin'(anu) dan kadang2 aku tengok kat tempat kencing dia merah2 dan kadang2 membengkak. Lepas tu kulit yg tutup part depan dia tu takleh tarik ke belakang pulak.
Sampaila minggu ke 3 puasa, dia ngadu sakit sangat bila nk kencing. Bawa pegi GP, doctor bagi antibiotik
dan suruh sunatkan utk elak jangkitan kuman. Dr cakap Aidil punya condition ni dipanggil 'Phimosis'. Balik dari klinik, aku call KPJ Kajang tapi nurse tu cakap surgeon dia tk buat sunat. Adeh..camno ni. Malas nk pegi blik GP ambik surat lain sbb surat tu dah appoint kat dr KPJ kajang.
Lepas 2 hari nampak bengkak dia surut so aku peram lagi tak bw pi sunat. ehhe...apa punya mak daa.
Tapi hari Rabu tu bengkak balik dan aidil ckp memang tak tahan...sangat sakit bila nk kencing.
So Khamis tu bawak pegi GP lagi sekali, ambik surat dan husband bawa pegi KPJ Kajang tp jumpa terus surgeon tak de call2 punya.
Hek eleh..boleh pun surgeon ni buat. Ape punya nurse la. Tau la aku call hari Sabtu tghari, kot2 time dia nk balik ke ape ke kan. Senang je ckp tk buat. Hinshhhhh.
Malam Jumaat, selamat la Aidil disunatkan. Dr kopek kulit ,potong dan jahit. Dr juga cakap yg saluran kencing dia agak kecik so dr besarkan. eow...teruk sangat rupanya. Tak nampak bentuk...eowwww!!!
Aidil ni walaupun sunat, buas nya tk berkurang. Cuma time nk buang air je meraung...sebab lubang kencing dia pun luka. Time2 lain, dengan tshirt abah dia, sama je ngusik adik2. Aidil tk pandai pakai kain pelikat (tkde kain pelikat size budak pon actually). so pakai je tshirt mama/abah dan juga jubah mekah.
Lambat juga nak baik betul2. Mujur boleh pakai seluar baju melayu time hari Raya.
Sekarang ni alhamdulillah dah elok, nampak bentuknya dan warnanya. kalau tidak berkuping, berkerak2...
Jom kenal-kenal! Malay, English and Japanese speaking fulltime working mom with 6 kids who loves travelling,and cooking.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2022 i m back
Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.
-
Hari tu aku survey are Pinggiran Putra, Equine dan sedikit2 kat Kota Perdana in Seri Kembangan. Harini cerita aku survey area Puncak Jalil...
-
Oh yer, nak tambah sikit testimoni set diet Shaklee dengan Lecithin yer. credit to kak Yati Lecithin sangat best, Thanks to Shaklee...
2 comments:
Dh sunat pon anak ko, bape umor dia ct? Aku ni xde anak laki xdpt nk imagine camne keadaan nye.
kira ok gak nak tutup sampai pakai baju hang..harraz sunat ritu..berbogel seminggu tau..pakai t-shirt je..tuh pun bila jalan t-shirt tuh dia lipat ke atas..ahaha
Post a Comment