Tuesday, September 18, 2012

Cara tambah susu

Alhamdulillah.
Dengan izinNya, lepas seminggu mengalami masalah kemeruduman (betui ka eja?). Harini production dah bertambah balik.

Walaupun stok susu masih banyak kat rumah tapi sejak minggu lepas, masa kena demam dan selsema... hasil perahan berkurangan. Daripada sehari 20oz sehari dah jadi 10oz je.
Setengah tu....adui la... tapi masih cool sebab stok dalam peti banyak yang terusik.

Keyword untuk tambah susu adalah,
1. Usaha
2. Sabar
3. Yakin, insyaAllah

Ada je tiga benda ni... insyaAllah sapa-sapa pun boleh berjaya.

Part 1-Usaha
Untuk milk booster, saya makan supplemen yang dah sekian lama sejak lepas pantang haritu tak makan... dalam keterpaksaan, kena makan balik.
Tak juga terhad kepada milk booster, kena amalkan pemakanan seimbang, kalau tak seimbang, kena la seimbangkan dengan cara pengambilan supplement.
Multivitamins, Vitamin B complex dan Vitamin C adalah set yang disarankan untuk ibu menyusu. Kalau time-time production merudum, elok tambah protein dalam diet seperti minum ESP.
(kalau rasa nk try supplement ni, boleh contact saya)

Lepas tu pam pam dan juga pam. Macam saya, takdak la boleh nk bahagikan byk masa untuk pam kat office. Paling best pon 3 kali, time break pagi, lunch dan break petang.

Disebabkan saya kerja helpdesk, tak boleh nak bercerai dengan phone suka suka hati je. saya ambik inisiatif pam dimeja. saya cover je la pakai shawl.
Minggu lepas masa production tengah merudum, saya pam juga dengan konsisten walaupun tkdak hasil. Pam dan terus pam...yakin insyaAllah.

Tapi yang bestnya, bila start makan supplement balik, terasa kulit makin glowing....hehe. nak pakai bedak pun terasa smooth je. wink wink...
Inilah dikatakan 2 in 1...

2. Sabar
Dah cukup usaha... lepas tu kena la sabar sikit. Takde nye lepas makan milk booster, terus nak up susu dan dan kan... kena sabar ....

3. Yakin

InsyaAllah...  Allah dah ciptakan susu ibu ni khas untuk anak ibunya. Susu terbaik.
Mana-mana susu formula pun tak boleh nak layan ciptaan Allah ni.
Tiap kali solat, mintala doa supaya Allah bagi rezeki untuk anak...rezeki susu ibu yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Akhirnya....setelah dekat seminggu berusaha, bersabar dan yakin rezeki untuk anak itu ada.
Harini, perahan dalam masa 10minit dapat lebih daripada 10 0z. Penuh 2 biji botol medela ni. Gembira dan syukur tak terkata....

Rezeki untuk Aydan....rindu Aydan
itu gambar aydan dengan sepupunya..........

No comments: