Friday, September 21, 2012

Roseola Virus


Bismillah

Kali ni nak tulis pasal Aydan yang kena Roseola Virus. Bunyik macam nama bunga saja kan.

Hari Khamis tu, Aydan start demam suam-suam, tapi siang tu memandangkan nampak ok, jadi mak dia hantar juga ke taska. Malam Jumaat tu demam tinggi, sampai 40degree. Panas tapi bila bagi susu je ok..
menyusu dia sampai muntah-muntah sebab mungkin terlebih minum. Tapi still nak nyotnyot untuk
legakan rasa panas kot. Takpun sebab nak melekat dengan mak dia.

Tapi, bila pagi time nak p office je, Aydan ok balik. Mama dia serba salah nak hantar taska ke nak EL.
At last, mama dia hantar juga ke taska berbekalkan PCM. Abah dia kerja malam, kalau ada apa-apa hal minta cikgu taska telepon so that abah dia boleh pickup.

Bila petang tu, demam dia start panas balik. Bukan panas main-main, memang  tahap panas garing boleh goreng telur punya la. heheh. Bawa pi klinik, petang tu, masukkan ubat bontot, baru demam dia turun sikit.

Hari Sabtu memandangkan hari cuti, bawak la anak-anak breakfast kat luar. Makan roti canai. Aydan pun nampak dah ok dan happy je mengeke-ngekek gelak. Tapi, lepas breakfast tu nampak muka Aydan naik rashes. Penuh sampai ke tengkuk. Eh, anak aku ni allergic ke? Takkan ada sapa-sapa p suap roti canai kat Aydan kot. Aydan baru 6 bulan, mana ada gigi pun nak kunyah-kunyah. Makan bubur jer..tu pun homemade.

Tanya anak-anak lain, kot ada yang menyuap Aydan apa-apa. Takde katanya. Risauu jugak kot kot demam campak. By tengahari tu dah nampak surut bintik bintik tu. Macam on and off la pulak.

Memandangkan, aku tkde tauliah doktor, juga suamiku takde tauliah doktor, maka, berduyun-duyunlah kami ke klinik Qistina lagi sekali.

Dr belek belek belek... oh ni virus ni.. sebabnya demam dah tkde. Kalau campak, bintik-bintik akan keluar masa demam masih ada. Mungkin roseola virus.... oooh.. baru teringat. Masa Aidil kat Jepun dulu, ada kena juga masa baby-baby ni. 突発性湿疹kot namanya.

Lega...risau kot2 denggi.

Ini bukan Aydan tapi anak orang lain....

Lepas 2 hari bintik-bintik hilang dengan sendirinya.

Dipetik dari website mayoclinic
Roseola is a generally mild infection that usually affects children by age 2. It occasionally affects adults. Roseola is so common that most children have been infected with roseola by the time they enter kindergarten.
Two common strains of herpes virus cause roseola. The condition typically causes several days of fever, followed by a rash.
Some children develop only a very mild case of roseola and never show any clear indication of illness, while others experience the full range of symptoms.
Roseola typically isn't serious. Rarely, a very high fever can result in complications. Treatment of roseola includes bed rest, fluids and medications to reduce fever.

Tak perlu nak risau-risau... kawal demam anak anda, pastikan cukup air supaya tk dehydration dan mama boleh cuba nutriferon untuk boost immune system sebab anak menyusu dari ibu.

No comments:

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.