Sunday, March 24, 2013

Japan Trip Part 1

Aduhai, tahap kemalasan nak update blog.
Tapi bila duk search blog orang pasal trip nak ke Bali May ni, terus rasa nak sambung balik
menulis pasal beberapa trip yang langsung tak diupdate disini.

Dah agak basi entry ni tapi layan aje la yer.

Masa aku terima offer nak join company skang ni, memang time interview, dibagitau yang
akan dihantar ke Jepun untuk training sebab ni project baru so kami ni pioneer la. Project ni
sebenarnya nak pindah dari Japan bawa ke Malaysia memandangkan kat Malaysia pun ramai
Japanese speaker, boleh dapat dengan gaji yang lebih murah dan kos untuk handle company
kat sini lebih murah.
On the first day aku join, director dah panggil dan cakap you kena fly ke Jepun dalam minggu depan.
HHHHHHHHHHHHHHAAAAAAAAAA, terkejut aku! Mana sempat a nak uruskan anak-anak.
Mana dan aku nak buat stok susu 3 minggu untuk Aydan. Terus aku minta postpone ngan director, mintak nak fly dgn second batch yang akan join next week.
Alhamdulillah, director faham situasi aku dan dapat la aku lebih masa nak susun camno nk tinggalkan anak-anak dan suami.
AKu join 5/11 dan fly 26/11.

Lepas ting tong ting tong discuss dengan husband, aku cakap memang aku susah la nk berpisah dengan anak-anak especially Aydan. So, the whole expenses aku akan tanggung dan silalah Mr Husband ambik cuti 3 minggu untuk bawa anak-anak ke nihon.

Aku akan fly 26/11 dan husband beserta anak-anak akan naik flight 28/11 join aku disana.
Supaya time balik nanti boleh sama-sama balik, jadi terpaksa la melabur beli tiket dengan Malaysia Airlines. Dah last minute beli sebab nak confirm husband punya cuti bagai, tiket untuk suami dan anak 4 orang ialah 10k++....................................................................
.............................keluarkan duit ASB..bayar!
(Nasib baik ada duit sign on bonus yg company ni bagi...tercover la juga)

So, bye anak-anak...mama fly dulu. Nanti korang naik flight dengan abah yer.
company bayar so merasala naik business class makan berhidang, tido melunjur.
 
 

 First lunch in Japan. Tempura moriawase...


From left, me, anak Huzairy, Rodiah, Hajar, Suzon dan wife Huzairy.
Gila kot malam-malam  rindu anak-anak. Tapi lagi 2malam je Mado nak fly. Masa ni bermanja dengan Rodiah la layan nihonshoku sebab Suzon n Huzairy dah kat nihon 2 minggu, dah muak.
 
Oh yer, company dekat area Kinshi-cho so 3minggu++ akan stay kat Lotte City Hotel. Business hotel yang sangat cute, simple.
Nak tgk review tripadvisor dan gambar hotel ni boleh click sini


Hotel ni dekat dengan eki, senang nak shopping dan jalan ke office pon dalam 5min je.
Nak makan pon belambak kedai.....kiri kana depan belakang. Tak silap rate dalam JPY9000 semalam.
Lebih kurang duit Malaysia RM360. Mahal tapi hotel kat Jepun memang mahal.. sebab company bayar. Terima je la kan.

No comments:

Our latest picture