Sunday, March 24, 2013

Japan trip part 5


Ok dah part 5 pun kite yer. Agak penat dah menaip..hehee. Takpe . ku gagahi jua.

Ni dah weekend kedua kat sini. Plan asalnya nak ke Disneyland dan ahad nak sewa kereta.

Pagi-pagi dah bangun bersemangat nak ke Disneyland. Tapi pagi tu memang sejuk sangat, angin pun sangat kuat. aduii la.
Dari hotel, ada direct bus ke Disneyland so memang sangatla senang. Harga ialah 500yen seorang(RM20) kanak-kanak half price.
sampai Disneyland angin bertiup kencang, sejuk tak payah cakap la. Harga tiket adult 5500yen(RM250) dan kanak-kanak 3100yen kalau tak silap. Mahal tapi bila lagi nak pegi ye tak?
Kali ni budak office newly wed Daim and wife pun join juga.
 
 
Masuk je Disneyland, terus beli topi sebab sejuk sangat. Aichan biasala , perasan princess, taknak topi-topi ni. Dia beli telinga princess tikus. Hehhee. Aidil tu pilih punya pilih dia ambik character
alien 3 ekor dalam Toy Story.


Mula-mula kita breakfast dengan waffle Mickey Mouse yang femes ini ye. Mahai mak datuk... 



 Time ni dah agak penat....Ramai sangat orang sampai nak naik satu-satu attraction tu kena tunggu 100minit. Gila apa..

 
AYdan comell cam anak patung....oooh  comelkan?
Captain Jack Sparrow. real ugak la. Hehhee. Banyak lagi gambar dalam Disney ni tapi tak larat nk menghapload .

Time balik tu dah pukul 7pm. Memang sangat penat dan sejuk. Aidil sampai nangis sebab penat dan sejuk. Kesiannya. Sejuk sebab kami tak check betul-betul jadual bas jadi time tunggu bas tu kat open space memang sejuk la.
Sampai bilik semuanya terbongkang tido.

Esoknya plan nak sewa kereta tak jadi sebab Nippon Rentacar kecoh sangat nak no telefon. Hampeh la Nippon Rentacar. Next week plan lain. Kita guna Nissan Rentacar pulak yer.

Nak sewa kereta kat Jepun ni tak susah sangat sebenarnya as long as ada lesen international yang boleh apply kat JPJ. Harga boleh survey. Paling murah ada yang rentacar kat petrol pump tu tapi
foreigner takde lesen Jepun takleh sewa.
Antara rentacar yang popular ialah,
Toocoo
Nissan rentacar
Nippon rentacar
Toyota rentacar

Drive kat Jepun pun tak susah. Setiap kereta sewa ada Navigator GPS. Boleh minta nak yang English kalau tak faham bahasa Jepun. Orang Jepun bawa kereta sangat cermat. Jarang la nk jumpa yang merempit. Nak belok kanan pun guna sistem beri laluan tau. Kat msia ni kalau buat camtu rasanya tak leh belok la sampai kesudah.

No comments: