Friday, March 29, 2013

Renaissance Kota Bahru

Ini lah Renaissance KB. Hotel yang paling tinggi review dalam tripadvisor.
Skang ni apa-apa hal nak kemana pun, nak book hotel mana, sure aku duk kelebek www.tripadvisor.com dulu.
Service hotel ni memang best. Minta apa pun kejap je sampai. Lagi satu paling best ialah dapat upgrade ke bilik family suite yang harga RM680 semalam. Padahal aku cuma book bilik superior yang harga RM399. Aku dapat rate yang paling murah dari website Renaissance dan daftar jadi ahli dulu.
 Family suite consists of 1 king bed and 1 queen bed. Tengok la Aydan berjalan keliling bilik. Luas sangat.

 Kepenatan so terus landing atas katil dua beradik ni. Siap pilih katil king lak tu
 Pagi lepas breakfast turun pool. Ada indoor pool and outdoor. Actually indoor ni macam onsen kat nihon. Air panas. Best gila... ada kat dalam ladies washroom/changing room. Ada sauna, ada steambath, shower.
Silap sampai lambat kat hotel ni semalam.

Lepas checkout perut pun dah berbunyi. Cari makan kat Kedai Nasi Ulam Cikgu. Ramai sangat suruh makan kat sini. Masa ni dah pukul 2. Agak tak de lauk dah la..huhuhuh. Ambik ulam-ulam, ayam kampung goreng je. Makan tak berkuah...kuah budu je. Hehhek.s

Musim kemarau kot kat Kelantan ni. Panasnya lebih panas dari kat Redang. At least panas Redang, ada angin laut. Kepala dah nyut nyut so terus ajak mado naik kereta dan gerak ke KL. kali ni ikut route Gua Musang. Masa gerak ni dalam pukul 3PM.


Agak-agak korang, kitorang sampai pukul berapa? 12tghmalam baru sampai. Hamekkk...serik dah gi Kelantan naik kereta dari KL. Lepas ni nak gi Kelantan, kita naik AA takpun Firefly je,

Sepanjang jalan jumpa lori balak je..risau pulak tengok balak ni. Kalau la terjatuh sebatang...nauzubillah.

On the way tu singgah kat Gua Musang beli ayam goreng kat R&R.

1 comment:

ambrynaa said...

mak oiii...luas nya bilik..next trip gi kelantan bleh try.
kami kalau gi Kelantan suka lalu ikut Trengganu..boleh singgah pantai2nya yg cantik.

Our latest picture