Sunday, March 24, 2013

Japan trip part 4

Bila dah habis weekend, aku kena la masuk kerja untuk training kan. Tujuan asal ke sini pun untuk
training jadi time training kita tumpu perhatian betul-betul, enjoy training tu dan cukup time
je bergegas balik bilik untuk jumpa family.

Aku kerja 9-5 and lunch hour memang jarang miss untuk balik hotel unless ada event.
Pagi seawal jam 6, Mado dah turun beli breakfast kan konbini(macam 7-11, convinience store).
Lepas breakfast, aku jalan ke opis dan lunch aku balik.
Balik untuk menyusukan budak kecik tu dan beli bento makanan untuk husband dan anak-anak.
Kesian pulak husband nak turun heret anak-anak makan kat luar time lunch.
Makan kat Jepun memang mahal tapi sedapppppppppppppp...anak-anak pun suka.
Makan sushi tak hingat punya la. Makan pulak tak main yg dah masak, semua nak yg mentah, merah-merah. Hahahhaa.. Aydan suka nasi jepun sebab liat-liat.

 

Edo sushi dalam eki Kinshi-cho(depan Lotte hotel). Flat rate sepinggan 150yen. Sedap sangat dan memang beratur nak masuk kedai especially time dinner.
 Ini pulak jumbo ebi(jumbo shrimp). Memang besar dan isinya gebu freshh. Punya a panjang. Ni beli
kat supermarket sebelah hotel je. Bento untuk makan kat bilik. Seekor 500yen(RM20)
Ni pula keda nama 'Nana Green Tea'. Comel je kedai ni. the very oshare! Aidil makan udon tak kunyah. Macam style orang jepun makan. Telan je. Kedai ni byk chain. Menu lunch set sekali air ialah 1050yen(RM40) untuk seorang dapat main course(donburi-nasi dan lauk) pastu udon, sup dan air.
 
 Lepas lunch dan solat, mado akan bawa budak-budak turun main kat taman. Kesian juga terperuk satu hari. Time ni la bagi chance kat makcik cleaner nak cuci bilik, tukar cadar, tukar towel bagai kan.
Ini la taman yang budak-budak hari-hari turun main. Sebelah hotel je. Tapi sejuk kemainnn cuaca masa ni.



Ada satu hari tu, hari yang tak berapa nak sejuk, kami ke Skytree. Tower baru di Tokyo nak lawan Tokyo tower la. Dari hotel ni memang boleh nampak dengan jelas Sky tree ni. Sky tree ni cantik sebab modern style dan ada rupa cam UFO kat atasnya.
Bila malam dia light up.

It is an original color based on "aijiro", the lightest shade of Japanese traditional indigo blue. The color of SKYTREE also replicates the technique of indigo dyers, with a hint of blue added to the white color, giving a delicate pale blue glow, like that of white celadon ware.
Colors created by indigo dyers represent the legacy of Japanese traditional craftsmanship as conserved in the downtown area housing the tower. Encounter the tower and this artisan culture will become the starting point for the creation of a new culture.
Dressed in "SKYTREE white", the new tower will stand tall against the blue sky in downtown Tokyo and transcend time with eternal brightness.

Dari Lotte City Hotel cuma naik subway, station skytree ni paling last. Naik subway ok sebab tak sejuk. Dari elevator hotel terus turun B1 dan bersambung dengan subway. Harga ke skytree 160yen seorang. Nak jalan kaki pun boleh kalau tak sejuk sangat.
Sebelum apa-apa gi makan kat Pasta Goemon dalam skytree malll.

Banyaknya pilihan yang seafood. Sebelum makan tu tanya la dulu, yang mana tkde daging.
Lepas makan, jalan-jalan dalam mall.
 Dalam kedai Miyazaki Hayao kantoku. nak beli barang tapi mahal sangat so ambik gambar je la.
 Ni kucing nama Kiki dalam Majyo no Takkyubin
 Ini Mei tido dengan totoro. Totoro ni bergerak-gerak..comel sangat. Gumukkks
 Sara buat perangai....layankan aja. Nasib baik Aydan nak duduk dalam tu. Mama dah sakit bahu kendong.
 Dalam gambar ni ada 4 orang anak...Cuba kira dan cari..ehhehehhehehehhe

Best photo yang aku rasa aku ambik..hehehheee

No comments:

Our latest picture