Sunday, March 24, 2013

Japan trip part 7

Okla. ni final weekend kami kat sini.
Kali ni dapatla kereta kat Nissan. Masa ni ada campaign kokyuu sha hangaku campaign.
(Kempen 50% off untuk kereta mewah)
Book Nissan Skyline tapi habih la pulak so dapat kereta Nissan Teana. 2hari cuma JPY17000(RM680).
Aalamak, bila convert baru terasa mahal...eheheee. Haritu masa kat sana otak tak calculate langsung sebab dah biasa duduk Jepun dulu dan merasa gaji sana.
Minyak kat sini seliter dalamRM6 yer....Fulltank memang beratus-ratus. Tambah pulak dengan toll yang jalan secuit je dah RM30.

Okla, lepas dapat kereta, aim kami ialah nak cari yuki a.k.a snow. Nak bagi budak-budak experience apa itu salji. Kami ke arah Gunma, nak cari ski resort yang paling dekat dengan Tokyo.
Dekat tak dekat pun dalam 3 jam naik highway. Masa atas highway tu ada la sedikit kejadian kena kejar dengan polis trafik.
uhuhuhuhuh..memang sangat cuak la bila dengar siren polis dan annoucement suruh kami berenti.
Ni atas highway okay....masa tu Mado bawa 121km/jam je. Bukan laju mana ponnnnn. Tapi sebelum tu agak pecut la.
Mado kena turun dari kereta terus dibawa masuk dalam kereta polis. Masa tu aku memang tak habih-habih istighfar selawat baca apa yang patut supaya kami tak kena saman. Haru la kalau kena saman sebab sini saman mahal.
Suatu ketika dahulu masa zaman student Mado penah kena saman JPY 90,000(RM3.6K) sebab speeding.
Pastu polis tu keluar kereta, tengok kami anak beranak yang ramai ini. Agaknya dia pun terkejut tengok kami ramai sangat. Rupanya ada masalah lagi besar. Visa mado dan anak-anak akan habih hari Ahad ni. Padahal tiket flight Rabu.
Polis tu baik hati cakap dia tak jadi saman dan suruh kami bergegas balik Tokyo untuk settle kan hal Visa. Dia kata kalau takde visa nanti dia kena tangkap kami sebab hal tu pulak. Masing-masing dah sangat cuak. Dah la takde phone nak contact embassy ke, kastam ke.

Sangat stress, rasa nak bercuti pon dah tak best. Padahal dah bawa baju kot-kot boleh menginap kat mana-mana 'Love Hotel'
End up minta tolong bird call kan kastam. Jiwa kacau tapi fikirkan dah sewa kereta dan macam mana pun tak boleh buat apa-apa harini dan nasib baik juga ada suami yang sangat memahami.

Okla, kita share gambar on the way ke ski resort ye.
Cantik kan warna langit tu. Masa ni jalan masih clear.

 Oh, dah ada snow... tapi tak penuh sangat lagi

 Main baling-baling snowballs. seronok. Habih baju seluar basah tapi tak kisah. PUnya la suka...

Aydan pun nak naik. Sewa benda ni seketul 500yen. Kena sewa 3 sebab semua nak main sendiri.

                                                   Racing...yey!

tengok langit tu punya la banyak awan hita, tapi kat bawah ni punya la panas. Memang terbakar kulit. Matahari pancar kat snow yang putih lepas tu tak diserap warna so terus hansha balik..ada paham ka?
Jadi memang sangat panassssssssssssssssssssss..bukan panas suhu tp panas silau

No comments: