Sunday, January 2, 2011

Kelasakan Sara

 Kami sampai KL semalam 1hb Jan pukul 12lebih. Anak2 sumer dah tido dari dalam kereta. Time angkut naik bilik pun masih tk sedar. Tapi, Aichan agak gelisah time tido. Asyik merengek-rengek menyebabkan aku terpaksa temankan dia tido. Kejap-kejap je bunyi. Pegang kepala, tkde la demam ke. Dua kali dia bangun minta air nak minum.

Keesokkan paginya, baru aku perasan yg rashes makin banyak keluar kat bawah hidung dan sekitar pipi dia.
Check kat tangan pun ada sikit2 rashes. Aduhai..kesiannya. Adakah ini Hand Foot Mouth Disease. haritu aku dengar Sakura kena macam teruk je. Tak boleh nak makan, minum sebab penuh ulcer dalam mulut. Barulah aku perasan yang sejak 2 hari lepas, Aichan yang selalunya berselera makan, agak kurang berselera. Dua hari lepas juga dia demam-demam ringan.

Memandangkan harini abah kerja, so rasanya hold dulu la Aichan nak pegi clinic. Tunggu abah balik lunch. Masa abah kuar gi kerja pagi tadi, Aichan belum bangun so tk perasan la rashes tu.

Aichan still active seperti biasa... Sara pulak sejak balik kg baru ni memang selalu sangat jatuh. Sebab active sangat la ni. Asyik lari lari sana sini. Dah banyak kali bibir berdarah, gusi berdarah sebab terhantuk kat lantai. Gigi pun dah ada pecah serpih sikit...Syiann anak dara mama ni.

Hari ni Sara menambah rekod pecah mulut lagi. Dia main panjat-panjat abang dia. Bila abang dia bangun, apa lagi, tersengguk dia kat lantai. Pecah bibir lagi. Lepas tu dia main kejar2 dengan abang dia, abang dia kejar, dia lari terhantuk dahi kat kerusi....adeh.

Masa kat kampung, tak tau kena apa, bila mlm nak tidoq dia nangis. Pagi tu baru perasan yg pergelangan tgn dia bengkak. Panic gak. Bila kami pegang je dia nangis. So terus la bawa ke clinic. Doc cakap, kalau bengkak berubah warna atau makin teruk, kna la pegi x ray. Mujurla makin surut bengkaknya. Sara..oh Sara. Active macam Aidil. tak macam kakak Aichan yang ayu ayu sopan ituw.

Masa jalan-jalan kat Baling, Sara tak duk dlm childseat. Duk membuas dalam kerete. Bila abah brake sikit, tersengguk dahi kat dashboard. Lebam kening dia...siannnnn.

Aduhai la hai.. Ya Allah, kau peliharalah anak anak kami.....

No comments: