Bismillah
Masih lagi bercerita tentang susu ibu. Maaf yer, lately sangat banyak cerita yang nak dikongsi berkaitan dengan penyusuan susu ibu.
Mula-mula kita tunjuk sikit preview hasil tuaian semalam. Ini bukan untuk menunjuk-nunjuk, jauh sekali nak riak. Cuma saya harap dengan perkongsian saya ini, dapat mummy-mummylicious semangat untuk berjaya juga.
Alfalfa berbini empat lagaknya.
Setiap sessi 10min -->2 kali sehari. Aydan kadang-kadang consume 3 x 5oz, kadang-kadang 4 x 5oz. Saya tak banyak buat stok sebab saya masih yakin, dengan rezeki anak saya insyaAllah..cukup.
Ini stok yang ada... baru ni dah buang sebesen besar...huhuhuhuh sebab dah luput tarikh.
Sejak saya consume balik Shaklee, selagi boleh saya nak bagi anak saya susu yang lebih khasiatnya.
Jadi selagi boleh saya ambik 3 stok botol baru yang fresh dan bagi 1 je stok lama. Nampak macam membazir sebab tak gunakan stok lama. Memandangkan lepas makan alfalfa, cik B asyik rasa berdenyut-denyut (macam masa let down reflex tu) jadi, insyaAllah...start next week, saya akan pump 3 kali sehari supaya dapat tampung stok-stok lama, ganti dengan yang baru...
Doakan saya yer.
Dibawah ni saya petik dari blog annakuwiraku.com
Persoalan pertama , bolehkah jika si ibu hanya bergantung dengan ALFALFA
sahaja?
Melalui pengalaman diri ibu sendiri menyusukan anak, jika hanya
bergantung dengan alfalfa sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak
kerana sifat ALFALFA itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan
stimulate milk dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 2 biji alfala
pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6
biji sehari iaitu 2 selepas makan pagi , 2 selepas makan tengahari dan 2 selepas
makan malam. Si ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila
pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam
sekali. NAMUN malangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih
dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja(tidak mampu
bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan
keletihan yang melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan
yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak
mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak
membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain
clog duct mudah berlaku.
Berbeza pula jika si ibu itu mengambil vitamin
secara lengkap...iaitu memenuhi keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat
dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Pada dasarnya vitamin ini ibarat
minyak pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga
penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa
banyak...maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada
hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. Sama
dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya maka jika badannya sihat,
moodnya ceria, sentiasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang
konsisten...sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik
mengikut keperluan bayi tadi.
Jom kenal-kenal! Malay, English and Japanese speaking fulltime working mom with 6 kids who loves travelling,and cooking.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2022 i m back
Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.
-
Hari tu aku survey are Pinggiran Putra, Equine dan sedikit2 kat Kota Perdana in Seri Kembangan. Harini cerita aku survey area Puncak Jalil...
-
Oh yer, nak tambah sikit testimoni set diet Shaklee dengan Lecithin yer. credit to kak Yati Lecithin sangat best, Thanks to Shaklee...
3 comments:
Bagusnya CT..Akak tak dapat susu kan lama si 'Ali :(
eh... cik siti pun SID? hehehe.... anak saper laa nih... :)
ye ke kak zali... mmg tkde terus ke? Jom try relactation balik?
yer cik bibi.. saya baru jadi sid. selama ni sendiri je makan jadi on and off. sekarang bila dah rasa sendiri macam mana susu naik balik...baru la nk jd SID
Post a Comment