Friday, September 21, 2012

Alfalfa dan susu ibu

Bismillah

Masih lagi bercerita tentang susu ibu. Maaf yer, lately sangat banyak cerita yang nak dikongsi berkaitan dengan penyusuan susu ibu.

Mula-mula kita tunjuk sikit preview hasil tuaian semalam. Ini bukan untuk menunjuk-nunjuk, jauh sekali nak riak. Cuma saya harap dengan perkongsian saya ini, dapat mummy-mummylicious semangat untuk berjaya juga.

Alfalfa berbini empat lagaknya.

Setiap sessi 10min -->2 kali sehari. Aydan kadang-kadang consume 3 x 5oz, kadang-kadang 4 x 5oz. Saya tak banyak buat stok sebab saya masih yakin, dengan rezeki anak saya insyaAllah..cukup.

Ini stok yang ada... baru ni dah buang sebesen besar...huhuhuhuh sebab dah luput tarikh.

Sejak saya consume balik Shaklee, selagi boleh saya nak bagi anak saya susu yang lebih khasiatnya.
Jadi selagi boleh saya ambik 3 stok botol baru yang fresh dan bagi 1 je stok lama. Nampak macam membazir sebab tak gunakan stok lama. Memandangkan lepas makan alfalfa, cik B asyik rasa berdenyut-denyut (macam masa let down reflex tu) jadi, insyaAllah...start next week, saya akan pump 3 kali sehari supaya dapat tampung stok-stok lama, ganti dengan yang baru...
Doakan saya yer.

Dibawah ni saya petik dari blog annakuwiraku.com
Persoalan pertama , bolehkah jika si ibu hanya bergantung dengan ALFALFA sahaja?

Melalui pengalaman diri ibu sendiri menyusukan anak, jika hanya bergantung dengan alfalfa sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan stimulate milk dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 2 biji alfala pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan pagi , 2 selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. Si ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali. NAMUN malangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja(tidak mampu bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.

Berbeza pula jika si ibu itu mengambil vitamin secara lengkap...iaitu memenuhi keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Pada dasarnya vitamin ini ibarat minyak pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak...maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya maka jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten...sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut keperluan bayi tadi.


3 comments:

ambrynaa said...

Bagusnya CT..Akak tak dapat susu kan lama si 'Ali :(

Fauziah said...

eh... cik siti pun SID? hehehe.... anak saper laa nih... :)

madoct10 said...

ye ke kak zali... mmg tkde terus ke? Jom try relactation balik?
yer cik bibi.. saya baru jadi sid. selama ni sendiri je makan jadi on and off. sekarang bila dah rasa sendiri macam mana susu naik balik...baru la nk jd SID

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.