Monday, November 22, 2010

Activity weekend 20 & 21 November

Hari Sabtu, sibuk nak mencari tadika dan taska baru anak-anak. Bukanla aku tak puas hati dengan taska sekarang cuma dalam tahun depan kami nak pindah ke Serdang. Jadi takkan la aku nak kena masuk sampai PUJ 1 untuk hantar anak-anak tadika dan taska kan?
    Route untuk aku pergi kerja ialah dari Aman heights ke Cyberjaya. So aku akan lalu Taman Universiti Indah, Bandar Putra Permai dan LEP pun tak lah jauh sangat. Kali ni aku aim nak Islamic kindy english medium. Sebelum ni Aidil tadika kat Krista. Plan memang tak continue dengan Krista sebab nak bagi Aidil pandai bab-bab agama. Time aku survey dalam internet, yang aku nampak cuma Lil Caliph je dekat area putra Permai.
   Oh yer, pagi Sabtu kami ke Empire. Sampai pukul 1030, carpark kosong je lagi. Heheh... ronda-ronda, bagi budak2 naik train Christmas Celebration tu dan cuci mata kat Toy r Us. Aidil n aichan minta nak beli sunnies sorang satu. Tapi kt Toy r Us tu ada yg girlish je so cancel beli sunnies la at the moment. Puas jalan-jalan, beli roti kat The Loaf. Mak aiii...mmg sedap! Subarashi la Japanese bakery ni. hahha...Tak rugi. lenkali kita pegi lunch ke tea time kat situ yer abah, sayang....ihihi.
    Balik dari Empire, perut berbunyik mintak nasi. Terus kami ke Red Wok, teringin nak makan Som Tam yang sedap tu... Menu kami kali ni Nasi goreng ikan bilis halus, Som Tam, Sotong Kung Poh, Chicken Marmite. Air pulak, strawberry blended, fresh orange, chinese tea, teh ais, Dragon fruits special ice blended. Banyak betul order air...kedahagaan la katakan....


      Balik dari makan-makan, kami ronda-ronda kawasan Bandar Putra Permai. Cari Kindy yang sesuai... anak-anak dah tidur so aman la sikit. Lepas tu singgah pulak Jusco sebab nampak ada sale. Dapat la aidil 2 biji kereta Mc Queen yg sale 50% dan Aichan dapat set make-up(mainan) la...

21 Nov

           Tadika Universal ada buat open day. Tadika ni dekat shoplot, belum renovated lagi. Uniform comel..hihi. nanti aku upload pics Aichan try uniform.. monthly punya harga utk half day, Aidil RM220, Aichan RM180. Kalau full day, tambah lagi sorang RM180. total for whole day RM760. Registration fees, seorang dalam RM1k..... lebih kurang macam Krista la. Kalau duduk sampai petang, ada kelas Iqra dan Fardhu Ain. Kira menepati jugakla pencarian aku.... Teacher Umi punya explanation pun bagus, tapi aku kurang berkenan sebab dia shoplot dan the earliest can send in is at 7am. OT pun agak mahal. Sejam RM5 kot. heheh... bab budget tu, alhamdulillah. Aku dah niat, kalau aku dapat kerja baru yang boleh upkan gaji aku, aku akan hantar Aichan pegi playschool jugak.

1 comment:

madamoiselleczar said...

OT sejam 5 hengget? kira ok tu beb!! kat tmpt anak aku..sejam sepoloh hengget nyah! sakit jantung haku tiap kali tokwan dia ter-amek lambat tau!