Wednesday, November 10, 2010

Busy

Aduh...sejak dua menjak ni aku teramatla busy. heheh.. maklumla, start keje pukul 630am. So pukul 5lebih dah nak kena bangun. Time husband aku juga keje atau the worst keje mlm, aku kena siapkan anak nak pegi skolah. Angkut 3 orang masuk kereta seawal 6 pagi. Kalau berjalan smoothnye takpe la. NI kejap ada yang nak mandi kat rumah la. Ada yang nak tido lagi la.. Mana mampu aku nak dukung 3 sekali naik kereta. Abang ngan kakak kenalah jalan sendiri. Aduh..penat! Balik kerja memangla awal sebab masuk awal. 330 pm aku dah log off, singgah pasar, beli ikan sayur bagai, balik masak. kletung kletang...solat, mandi sumer dalam pukul 6 pegi ambik anak-anak kat daycare. Bila balik tu, ada yang dah lapar balik. Selalunya Aichan la lapar dulu. Ada yang nak nenen...lagi. kadang2 si kecik ngantuk lagi...
   tetapi, nak bersyukur sebab ada suami yang sangat memahami. memandangkan dia cuma kerja 3 atau 4 hari seminggu starts from Ahad, jadi bila time dia tak kerja. dia sangat2 lah baik..Hihihi(rasanya darling tk baca blog saya kan???). Dia akan uruskan baju-baju yang nak dicuci, pingggan mangkuk. kemas rumah.. Aduhai..sangat-sangatlah berterima kasih kat darling ni. Hihi..memang sentiasa menanti time cik abang cuti nih. Hahahaks....
  Eh...korang tk percaya ek kat husband korang.. as for me, aku percaya 100% suamiku so kalau lah aku pergi dulu, aku memang letak semua peninggalan kat dia. Aku yakin, dia boleh jaga anak-anak dengan baik, mungkin lebih baik dari aku jaga anak-anak sebab aku selalu naik darah je ngan anak-anak ni. Aku juga yakin dan bagi kebenaran untuk suami aku kawen lain andainya aku pergi dulu. (eleh, kalo aku tk bagi, macamla aku boleh halang). Ewah..sedeh la pulak.
  Oh ya, lari topik jap. Nak cerita sikit pasal kerja aku sekrang. Customer yang kitorang support ni kerja MYT 630am sampai 8pm. SO shift akan dibahagi 3, sorang start 630-330, no 2 start 830-530, no 3 start 11-8. tapi shift no 2 skang dah tak ada sbb cuma tinggal 2 agents je. Memang agak banyak calls kalau kena pagi-pagi ni sementara nak tunggu agent yang sorang lagi datang pukul 11. Semalam pulak agent pukul 11 MC. Backup sorang lagi kejap ada kejap tak ada sb dia kena support team lain. Agak penat jugak la. Dengan mail tak sempat buat.... Agent back up tu lagi kesian, kena kerja 7am to 8pm. So, aku tak sabar-sabar nak tunggu weekend.... Nak berehat sepenuhnya. Ehehehe...

4 comments:

Azma said...

hubby kita sama la..Alhamdulillah.. nak kata percaya 100% tu tak la..tapi yakin dia akan menjaga permata hati kami dgn sebaiknya kalau tetiba saya g dulu..(harap2 dipjgkan usia..amin..)

diannazainodin said...

Kalau dia nak Kawein masa awak tengah sehat waafiat pun awak rela hati tak?...time anak kecik2 nie..hehe..tanya jee

farah225 said...

hubby yg sporting n supportive mmg perlu kalau dua2 keje.hb aku pon mcm hb hang tp masalahnya PJJ yg membataskan 'kesportingan' dia tu.huhuhuhu
weh,kalau free, lawat rumah baru aku ek
http://villafarha.blogspot.com/
alahaii...ko ngan aku mmg taste sama.tersama la pulak layout.

madoct10 said...

hahha.. dianna. lambat balas ah. Saya rasa kalau dia mampu layan dua orang dan mampu layan anak-anak yang dengan saya.. Boleh kot..hahah. Tapi for sure dia tak mampu nk layan saya sbb kalau boleh saya nak 24hrs ngan dia.
farah..tersama la pulak

Our latest picture