Friday, November 5, 2010

Pregnant in Japan Part 1

   Kali ni nak discuss pasal pengalaman aku berpantang. Memandangkan aku mengandungkan anak pertama dan kedua kat Negara Matahari Terbit tanpa keluarga disisi melainkan suamiku tercinta, jadi cara aku berpantang lepas bersalin pun terpaksa la ikut cara orang sana.
 Seawal 4 bulan, aku dah mula balut perut. Hahah.. orang kita berpantang baru balut perut tetapi orang jepun mengandung 4 bulan dah balut perut. Alasannya ialah supaya position kita lebih elok dan dapat pelihara baby. Balut perut ni sebenarnya budaya orang Jepun tapi saya yang memakainya memang suka. Kalau time musim panas, agak rimas la juga. Tapi kalau dah sejuk2 tu memang selesa. Sakit pinggang pun kurang la kalau saya balut perut sebab ia support perut kita. Dan katanya dapat mengurangkan kesan regangan perut.
(eh..macam betulla. Anak ke 3 saya tk pakai..mcm byk lak parut).
EH..jangan salah sangka yer, balut perut ni bukan macam bengkung yer. Dia ketatkan bahagian bawah je utk support perut yang membesar. Bukannya pegi ketatkan baby tu yer. Ada banyak jenis pulak.. ada yang tradisional tu guna kain panjang dibelit-belit(macam bengkung org melayu la), ada yg soft support secara modern yang disarungkan macam skirt utk support pinggul dan ada juga yang ala2 girdle sekali dengan underwear yer.

Ini adalah contoh yer..mesti make sure bahagian support tu kat bawah perut yer. jangan pulak pegi ketatkan kat bahagian baby duduk yer.. Senak la jadinya. Lagi satu, jangan pulak pakai kat luar yer. Ni pakai layer dalam yer. Aku still simpan stok yang Jepun untuk pregnancy kat sini. hehe.. especially time perut dah sarat2 ni memang selalu sakit pinggang dan rasa tak selesa nak jalan jauh. Jadi kalau pakai ini, rasa perut takder la bergoyang ke kiri ke kanan kalau berjalan. Kalau pergi antenatal class pun bidan-bidan akan sarankan pakai ini.



Time ante natal class, macam biasa la, kat Malaysia pun ada kan. Akan diberi pengetahuan ttg susu ibu, penjagaan pemakanan supaya berat badan tak naik sangat. Elakkan makanan masin-masin dan manis-manis. Lain-lain tu saya rasa sama je macam kat Msia kot. Oh yer..di Jepun kalo ko sakit time pregnant, pegi klinik.. minta kat doctor nak ubat demam ke, nak pil tahan sakit ke, ubat selsema ke, puas la berdialog dgn doctor. Dia memang seboleh-bolehnya taknak bagi. Puas merengek merayu pun aku pernah dapat ubat kumur dan antibiotik je. Hahaha..terpaksa la survery beberapa klinik utk jumpa doctor yang lebih bertimbang rasa untuk bagi paracetamol kat pesakit dia.. hahah.. utk pengetahuan, paracetamol tkde jual kat kedai-kedai biasa yer. Time aku pregnant no 2, sah-sah aku dah serik so aku dah bekalkan diriku dengan panadol yang diimport dari Malaysia. Hahah..tak daya nak merayu mintak PCM dari doctor.

   Bab vitamin pun doctor-doctor tak bekalkan unless ada masalah. Contohnya anemia ke, kurang darah ke..(yg tu je aku tau..ahahaks) sebab aku pun kurang zat besi jadi dapatla pil zat besi. Selain dari itu, aku ada jugak consult doctor. Dia cakap, dengan makan makanan berkhasiat sudah mencukupi. Alamak doc, itu menu orang jepun. Setiap kali makan kena ada sume jenis warna, merah, hijau, kuning, putih dalam menu. satu carbo, 2 jenis sayur , satu sup, satu protein. Tapi kalau masakan melayu, 1 nasi, 3 lauk, satu atau tiada sayur. waduh2.... eehheh. kalau camni, terpaksa la makan washoku..
Tgk la gambar kat bawah ni..brapa byk sayur daaa.. I like it but..nak buat masakan melayu camni...agak malas susah.

Ahh..terliur pulak tgk masakan jepun ni.

Simple and healthy. hahaks...korang mesti rasa kering kontang kan lauk2 ni. Kering tu la sedap. Boleh makan lauk je. Pastu baru suap nasi. Nasi jepun dah sedap jadi tak payah letak lauk.kuah2 untuk menambahkan rasa.. OOps...lari topik pulak.

Kalau korang nak naik flight bila perut dah boyot2 sangat..make sure ambik surat doctor. Takut ada pulak yang terkandas kat airport nanti. Especially kat Jepun la. Derang ni kan agak strict dan kebanyakan orang mematuhi undang-undang.

Nanti aku sambung part 2 pulak yer

1 comment:

yUs said...

org melayu pon kalu ikutkn mak aku tk pakai bengkung...tp diorg pakai kain batik utk halang baby dari naik terlampau tinggi sgt ke atas...perut masa mengandung pon kemas jgk jika rajin pakai kain sarung batik...heheheheh dan aku pernah cube masa anak no2 ternyata berbeza dari yg no 1 punye