Husband aku blk rumah dalam pukul 730am(dia keje shift malam yer, jaga server kat untuk Japan). Terus mandi
Kami ni layan solat aidiladha kat TV je la. Breakfast tadak,yilek. Aku buat air nescafe and tunggu somi balik utk ajak dia pergi cari lemang dan rendang.. Sedehnyaaaaaaa........
Dia balik..off we go, ronda-ronda cari lemang.Aduh..banyak yang dah habis... Akhirnya dapat la sebatang lemang dan 2 tipuware rendang ayam. Bila balik nak makan, intan adek aku ni baru je sampai.
Ngapp ngapppp, sekali hadap je sebatang lemang tu. Terpaksala husband aku yg dah mamai sebab ngantuk tak tido2 lagi tu keluar blk untuk cari lemang lagi. Kali ni rezeki kami, dapat la 3 batang lemang dengan harga RM20. Tapi lemang kali ni kurengg best berbanding lemang no 1 tadik. Takpa laa..asalkan ada.
Lepas tala lemang, mula la rasa mengantuk. aku dan intan pun layan la tidoq dulu. Padahal plan nak pi raya rumah Kakcik kat Bukit Jelutong. Hahahha...kesian kakcik duk tunggu2 kami tak sampai lagi.
Kul 12 baru tersedar dari lena yang panjang, terus kalut2 ajak Intan p rumah kakcik. Ish..sampai-sampai rumah kakcik, akak aku tu dah keluar p beraya rumah kawan dia. Mujur anak2 dia tak ikut skali.
Aidil memang tersangtlah aktifnya.. rumah akak aku tu ada courtyard, pastu ada la kolam ikan yg dalam, ala2 hapus kepala aku. Kolam ikan tu cumalah dipagari pagaq renek(takat lutut aku). Aidil pulak berlari kesana kesini.. Kedepunggggggggggggggggggggggg... Ya Allah anak aku jatuh kolam kaaaa.....
>
>
>
>
>
Mujur dia cuma tersadung pasu bunga ja..terjun dalam pasu bunga ya. Bukan dalam kolam ikan koi.
Bengkak la sikit atas mulut dia. aduih.. lepas tu barulah kami lunch dengan pulut dan rendang ayam dan juga sambal petai ikan bilis. Yummm yummy. Sedap. Habis licin pulut kami anak beranak hantam. Rasanya orang utara ja makan pulut dengan sambal ikan bilis kan??kan??
1 comment:
eh..aku pon makan per pulut ngan sambal ikan bilis..sedapppp..kecik2 dulu mak aku slalu bt..
Post a Comment