Sunday, November 14, 2010

Kenduri

Semalam aku pergi kenduri kawan husband aku yang merangkap partner dia kat opis.

  Rasanya dah lama betul aku tk pergi kenduri. Last sekali aku pergi kenduri kawen masa Faiza kawen kat Mahang, Kedah. Skang Faiza dah pun ada baby.. Kenduri kawen aku pegi semalam kat Klang. Meriah... dengan DJ nyer, dengan pengantin serba merah...wah2 teringat zaman aku kawen dulu. HEhehe...sekejap je perasaan jadi raja sehari tu berlalu, dah jadi queen beranak 3.

  Apa aku nak cerita pasal kenduri kawen smalam ialah bab makanan. Memang sangatla berbeza dengan makanan kalau kenduri kat Utara. So, rasa kurang terubat la rindu nak makan kenduri. Kalau kat Kedah menunya ialah, nasi tomato/nasi minyak, dan lauk2 wajib ialah gulai daging dgn ubi/btg pisang, ayam masak ros, daging masak hitam/masak tok, acar timun. Pegi mana-mana pun mesti ada lauk ni. Lepas tu ada la add on lagi masak gulai ikan kering dan nanas ke, dalca sayur ke, ikan talang goreng ke, sambal belacan dan ulam.. ehehhe. Semalam aku makan tu lauknya, nasi minyak, kari ayam(tk sempat rasa sbb dah habis), ayam goreng berempah, daging rendang, masak lemak nangka dan kerabu pucuk paku. Oh yer, kat Kedah jugak selalu ada kerabu perut... uish..sedapnya... Kat kedah masih banyak la makan berhidang..(prefer makan berhidang sebab tak yah beratur dengan anak2 kecik ni). SOrry yer, google2 kat internet jumpa yang ni...
Gulai batang pisang...(bukan gulai pisang yer)

No comments:

Our latest picture